Happy Birthday Alif..
Bulan lepas November, Birthday Abang Afif dan Atok.
Esok, 3 Dis 2009..Alif Farhan genap 2 tahun.
Setiap anak ada sejarah tersendiri.
9 bulan di alam rahim..
Alif..
Kehadirannya bagaikan 'pengganti' Arwah Adib Farhan.
9 bulan dalam kandungan, hati umi penuh keluh kesah..rungsing..risau..bimbang..semua bercampur baur.
Pengalaman lalu AMAT menguasai fikiran.
Dktr Habibah sendiri memberikan penjagaan yang rapi sebulan demi sebulan . Di bulan-bulan terakhir,Umi dinasihatkan buat 4D scan demi memastikan Alif berada dalam keadaan baik.
Gambar 4D Alif.. Dia menyorok sewaktu doktor scan. nampak sebelah mukanya je.. itu pun puas doktor intai..
Selepas menikmati satay ayam, lebih kurang jam 11 pagi umi masuk labour room. Sewaktu scan disaat-saat akhir kedudukan Alif sedikit senget namun 'tak pe..biasalah tu' kata doktor habibah berbaur 'ubat penenang' yang sebenarnya tidak berjaya menenangkan kan... jam 12 lebih konstraksi semakin 'hebat'.. doktor Habibah dikatakan terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas.. Hati umi semakin berdegup kencang... Abah tiada, masih dalam perjalanan dari ofis..
Di sisi hanya atok...yang umi dapat rasakan debarannya melebihi umi..
Akhirnya.. lebih kurang jam 1.10 tghri Alif selamat dilahirkan. Umi tidak sempet menatap Alif lama, Alif terus di bawa ke bilik rawatan. Hati berdebar kencang...
"Kenapa anak saya doktor?"
"Tak ada apa Ainoor..prosedur biasa.." sekali lagi 'ubat penenang' itu tidak berkesan.
Tidak lama Abah muncul.
"Abang anak kita macam mana?"
" Ok. Abang dah azankan dia.."
"Keadaan dia?"
"Jangan risau doktor akan pastikan dia ok"
Ayat itu tak begitu sedap ditelan...
Allah menguji Hambanya. Itulah tugas hamba.
Kuat wahai ummi!
Umi terus di bawa ke wad. Masih belum ditemukan dengan Alif. Hinggalah malam umi minta juga nak tengok Alif..
Alhamdulillah Alif ok..
Cuma masih dalam kawalan khusus memandangkan kami ada sejarah lalu..
Doktor dan nurse AMAT mengambil berat!! Terima kasih semua.

Sehari demi hari..
Alif terus membesar dan membanggakan umi..abah..
Walau pun Alif ada alahan (ekzima) namun Alif anak umi yang kuat dan gagah semakin hari semakin mendepani segalanya. Alif ada hernia, sudah pun menjalani pembedahan dan alhamdulillah sihat(moga terus sihat).
Ini menyedarkan umi, umi melahirkan seorang mujahid..anakku. Allah mendidikmu menjadi perkasa. Dirimu terbina tegar berhadapan apa jua.
.jpg)
Posing istimewa buat Abah ( Like father like son)
Alif..Selamat Hari Lahir Sayang..
Jadilah anak yang soleh di dunia lebih-lebih lagi di akhirat sana.
Umi sayang anak-anak umi Afif, Adib, Alif dan Aisyah...
Labels:
Anak-anakku
0
comments
Home Sweet Home
Salam buat semua,Lama betul umi tidak menulis. Alhamdulillah ada sedikit ruang yang amat terbatas. Cuti Eiduladha baru melabuhkan tirai. Sekejap betul masa berlalu. Tahun ini Darul Farhan berhari raya di Pasir Gudang. Setelah selesai solat sunat Eiduladha kami sekeluarga pulang ke Penang sempena pernikahan sepupu Abah.
>Road tour de Raya..
Alhamdulillah perjalanan dilindungi Allah dengan selamatnya. Walau pun waktu balik dari Penang nak ke Darul Farhan di Selangor jalan jem yang AMMMMAAAT sangat. Malam. Hujan lebat. Kereta yang tidak bergerak. (Rasanya kalau lumba jalan kaki dengan semut pun semut menang) Abah musykil..Umi pun musykil.. Hatta sepanjang kami berulang JB-Penang setiap tahun waktu Raya Eidulfitri pun tak pernah jem sampai macam ini.
Jem punya jem...hingga la sampai ke RnR Sungai Perak...kereta sblh kiri Q panjang nak masuk ke RnR. Line sblh kanan semakin longgar... dan akhirnya apabila melepasi RnR semuanya lancar. Kami pun tanda tanya adakah jem dari penang tadi hanya disebabkan pakat berebut nak berhenti RnR Sungai Perak (yang makin chantik tu..).. Ish..Ish..Wallahualam..
Apa yang pasti malam tu..jangka sampai pukul 10 mlm..akhirnya sampai 4.30pg.
Allahu Akbar..kesian betul tengok Abah. Allahu yubarik fik..!!
> Home Sweet Home
Alhamdulillah akhirnya tercapai jua hajat umi nak bermalam di DF. This is my first time. Macam-macam perasaan ada. Akhirnya Allah izin jua.. selama ni dok tengok / pantau dari jauh je..(siap kene warning dengan pak guard lagi hi hi ). Walau pun ruang-ruang masih bergema (sebab belum ada barang) hati tetap rasa teruja.. Syukur Ya Rabb! Semuanya milik MU!!

Antara aksi di DF. Triple A seronok main bola...rumah kosong jadi padang..

Ilalliqa' DF. Panjang umur, ada rezeki bertemu lagi. Semoga Allah memeliharamu. Amin.
Labels:
Myfamily
0
comments
Langgan:
Catatan (Atom)
.jpg)



